Saturday, 20 December 2014

KAU YANG BERNAMA SAHABAT



Assalammualaikum....salam ukhwah..salam persahabatan dan salam ceria.. ;-)

Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”


Hari ni macam nak meluahkan mengenai SAHABAT la pulak. Pasti semua orang mempunyai sahabat yang sejati yang senantiasa bersama kita dikala susah dan senang...dikala suka dan duka..dikala kita memerlukan dan diperlukan...sanggup bekorban apa saja demi seorang yang bernama SAHABAT walau terpaksa mengecewakan hatinya sendiri demi menjaga sebuah persahabatan....Begitulah setianya seorang yang bernama SAHABAT. 


Rasulullah saw pernah berpesan: 

“Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. 


Oleh yang demikian, tidak semua sahabat itu betul2 sahabat yang setia dan sejati...mari kita fikir2kan bersama. 
" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, 
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. ” (Hadis riwayat Muslim) 
  

Entah kenapa..hari ini saya tertarik untuk bercerita mengenai sahabat.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan SAHABAT ?


SAHABAT adalah seseorang yang banyak memberi manfaat dan kebaikkan diantara satu sama lain. SAHABAT juga adalah seorang yang setiakawan yang akan membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan sahabatnya selain mampu menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya. SAHABAT juga akan melindungi sahabatnya yang lain. SAHABAT tidak semestinya akan memiliki minat dan pendapat yang sama, tetapi mereka akan senantiasa ada apabila diperlukan.

Seperti yang Mr.Janggut saya selalu katakan pada saya.(oppss.hihihi)..saya seorang yang suka berfikir secara sedalam-dalamnya jika sesuatu tindakan seseorang kepada saya..kadang2 tu banyak yg negative drpd positif .huhuhu.. itu perangai saya yang susah nak diubah...sebab saya seorang yang sangat detail....katanya lah....sorry awak...mmg dari dulu lagii saya mcm ni...adoyai... ok..ok...Inshaallah akan cuba berubah ke arah yang lebih positif..... ;)))) 


Mungkin saya silap...selalu menganggap hati orang seperti hati saya... tapii hakikatnya..manusia ini dilahirkan dengan pelbagai perbezaan yang amat ketara dgn kita. Jadi selepas ini....saya akan senantiasa berhati2 untuk memilih kawan atau teman dan SAHABAT.
 

Sejujurnya... tidak semua KAWAN dan TEMAN akan menyukai cara kita, keputusan dan tindakan yang kita buat untuk sesuatu perkara..tetapi peranan SAHABAT itu sendiri yang akan menegur kita dengan cara yang betul dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kekurangan itu. Kadang2 saya sedih bila mana kawan baik yg dah saya anggap mcm kakak saya sndiri takut nk tegur silap saya, takut nk tegur bila saya jauh dari agama..sakit sangat hati..terkilan, terasa hati n sewaktu dengannya bermain2 di sanubari..saya perlukan sahabat yg sanggup mnegur salah silap saya..sanggup pimpin saya kembali bila saya jauh terpesong..lebih2 lagi soal agama..


Satu hal yang menyedihkan  lagi..apabila SAHABAT yang pernah berkongsi suka dan duka...senang dan susah bersama saya suatu ketika dulu..turut menjauhkan dirinya dari saya. Menjadikan saya seolah insane yg tak pernah hadir dalam hidupnya. Sedih bukan.. ? Namun saya tidak meyalahkan dia 100% kerana saya pasti kesalahan itu turut datangnya dari saya sendiri.. Saya selalu berkata pada diri saya sendiri ...sebelum kita menunding jari ke arah orang..menuduh kesalahan dan permasalahan itu datangnya dari dia.... 3 jari akan menunjuk ke arah saya.. jadi..sebelum 3 jari itu menuju ke arah saya... saya akan cermin diri saya dan berfikir dan mencari apakah kesalahan saya ? adakah silap itu berpunca drpd saya ?.. Saya akan muhasabah diri saya dan seperti biasa..emak n Mr.Janggut akan menjadi rujukan...Saya bukan yang terbaik..tetapi Inshaaallah akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk SAHABAT saya. Semoga SAHABAT saya dapat memaafkan saya seikhlas hatinya. Andai saya tidak penting lagi dihatinya... saya pohon agar..tempatkanlah nama saya dimana2 sekalipun jauh disudut  terpencil lubuk hatinya...sekurang2nya..nama saya ada terukir di sudut terpencil itu ;)))

Walaupun bagitu, saya masih dikurniakan SAHABAT2 yang masih menghargai saya... bukanlah saya terlalu ingin dihargai tetapi...sekurang-kurang merekalah tempat untuk saya berkongsi suka dan duka... bergelak ketawa dan bersama2 mengukir kenangan . SAHABAT yang akan menegur saya secara telus. Yang akan mempertikaikan tindakan saya...yang memaksa...yang mendesak... dan yang lebih selesa apabila kita boleh menerima apa saja kritikan bersama-sama. Saya pasti kebanyakkannya begitu kan. Kita mengukir kenangan indah bersama sahabat-sahabat kita... berkongsi segala masalah dan memberi jalan penyelesaian yang tidak memudaratkannya.

Sebenarnya...jika kita senantiasa berfikir secara positif... menerima dengan hati yang terbuka....segala kelebihan dan kekurangan kita dan orang disekeliling kita... semua permasalahan yang kronik tidak akan timbul...segalanya berpunca dari HATI. Jadi...bersih2kanlah hati dan cermin2lah diri kita supaya bila kita memandang kelebihan orang..kita nampak kekurangan kita...
Bergaullah dengan orang yang lebih dari kita itu supaya dia dapat tahu apa kekurangan kita dan mungkin kita juga akan turut akan menjadi sepertinya..tidak kira dari sudut diri kita mahupun ilmu yang dia ada.
Jika kita sedih..dan melihat dia senantiasa gembira... maka bercampurlah dengannya supaya kita boleh menjadi segembira dia...Sesungguhnya jadikanlah mereka sebagai sumber inspirasi..... sekurang2nya tanamkan dalam hati kita untuk menjadi lebih lagi dari mereka.. Buangkanlah segala tanggapan negatif kita terhadapnya.. andai SAHABAT kita jauh tersasar dari hidupnya...maka kita doakanlah..semoga Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke landasan yang betul. Sama2 mencari jalan yang diredhai Allah.

Saya sayang SAHABAT2 saya.. semoga persahabatan ini dapat memperbaiki segala kekurangan saya..memperbetulkan segala kesalahan saya.. menjadi yang terbaik untuk SAHABAT2 saya.. Berdoa dan terus berdoa..agar saya dan SAHABAT2 saya senantiasa berada di dalam kasih sayangNya..rahmat dan lindunganNya..aaminn..


 wahai SAHABAT…
semoga kita bersama-sama dikumpulkan di dalam JannahNya yang sangat indah....Inshaallah

No comments:

Post a Comment