Sunday, 21 December 2014

AINUL MARDHIAH - BIDADARI SYURGA



Assalamualaikum...

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadar-bidadari kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada segala bidadari- bidadari).

"Seakan-akan bidadari itu permata yakut dan marjan."
                 
QS. ar-Rahman (55) : 58

"Di dalam surga-surga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik."
                                          
QS. ar-Rahman (55) : 70

"(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih dipingit dalam rumah."
                                
QS. ar-Rahman (55) : 72

"Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin."
                                               
QS. ar-Rahman (55) : 74



Ainul Mardhiah (bidadari untuk orang yang berjihad/berdakwah untuk agama Allah S.W.T.)
Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai).

Sebelum tu..j0m kita hayati lirik lagu nie..



UNIC (Ainul Mardhiah)

Dirimu pembakar semangat perwira
Rela berkorban demi agama
Kau jadi taruhan berjuta pemuda
Yang bakal dinobat sebagai syuhada
Itulah janji pencipta Yang Esa

Engkaulah bidadari dalam syurga
Bersemayam di mahligai bahgia
Anggun gayamu wahai seorang puteri
Indahnya wajah bermandi seri

Menjadi cermin tamsilan kendiri
Untuk melakar satu wacana
Buatmu bernama wanita

Ainul Mardhiah
Kau seharum kuntuman di Taman Syurga
Menanti hadirnya seorang lelaki
Untuk menjadi bukti cinta sejati
Ooh! Tuhan
Bisakah dicari di dunia ini
Seorang wanita bak bidadari
Menghulurkan cinta setulus kasih
Dihati lelaki bernama kekasih






Disaat saya terbaca sebuah buku..ada diceritakan mengenai seorang pemuda yang disapa bidadari syurga dan alhmdulillah telah dikurniakan kepadanya seorang bidadari syurga..Allahukhbar..j0m kita salami cerita ini agar ada ikhtibar yang boleh kita dapat dari cerita ini..



Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga.

Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi S.W.T, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah) maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap.Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2,lalu di tanya sahabat ini ,di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab, “inilah syurga,.” tiba2 dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi S.W.T bagitahu tadi), lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini,. disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu, tak pernah dilihat didunia ini..lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, “andakah ini Ainul Mardhiah.” wanita itu menjawab “ehh tidak.. (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita..hihihi)saya penjaganya..Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana..”
 

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai..lalu diberi salam dan di tanya lagi “adakah ini Ainul Mardiah.?” lalu wanita itu menjawab “eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini..Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana..” lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu.. kecantikkannya sungguh mengkagumkan..lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi..dan tidak pernah di lihat di dunia..lalu wanita itu berkata “akulah Ainul Mardhiah.. aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku..” bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab “nanti.!! kamu belum syahid lagi..” tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain.. namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi S.W.T,tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi S.W.T.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi S.W.T di dalamnya telah keluar berperang/berjihad.. lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa.. mereka sedang menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi S.W.T dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

Sahabat pemuda yang syahid tadi dalam menceritakan kepada nabi S.W.T, ..Nabi S.W.T menjawab: "Benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut".. Akhirnya nabi S.W.T berkata “memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga..”..Allahuakhbar..
Bagimana dengan kita ? tidak terdetik kah dihati kita untuk mendapat seorang bidadari seperti itu..layak kah kita ?  sama2 muhasabah diri..tanya diri, tanya hati..apa yang kita inginkan di dunia ini…Wallahu’alam..


Saturday, 20 December 2014

KAU YANG BERNAMA SAHABAT



Assalammualaikum....salam ukhwah..salam persahabatan dan salam ceria.. ;-)

Jom kita hayati kata-kata dibawah ini...
“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan,
mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran,
menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan,
ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan
tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”


Hari ni macam nak meluahkan mengenai SAHABAT la pulak. Pasti semua orang mempunyai sahabat yang sejati yang senantiasa bersama kita dikala susah dan senang...dikala suka dan duka..dikala kita memerlukan dan diperlukan...sanggup bekorban apa saja demi seorang yang bernama SAHABAT walau terpaksa mengecewakan hatinya sendiri demi menjaga sebuah persahabatan....Begitulah setianya seorang yang bernama SAHABAT. 


Rasulullah saw pernah berpesan: 

“Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. 


Oleh yang demikian, tidak semua sahabat itu betul2 sahabat yang setia dan sejati...mari kita fikir2kan bersama. 
" Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, 
menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya. ” (Hadis riwayat Muslim) 
  

Entah kenapa..hari ini saya tertarik untuk bercerita mengenai sahabat.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan SAHABAT ?


SAHABAT adalah seseorang yang banyak memberi manfaat dan kebaikkan diantara satu sama lain. SAHABAT juga adalah seorang yang setiakawan yang akan membantu kita apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan, menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan sahabatnya selain mampu menyimpan rahsia dan keaiban sahabatnya. SAHABAT juga akan melindungi sahabatnya yang lain. SAHABAT tidak semestinya akan memiliki minat dan pendapat yang sama, tetapi mereka akan senantiasa ada apabila diperlukan.

Seperti yang Mr.Janggut saya selalu katakan pada saya.(oppss.hihihi)..saya seorang yang suka berfikir secara sedalam-dalamnya jika sesuatu tindakan seseorang kepada saya..kadang2 tu banyak yg negative drpd positif .huhuhu.. itu perangai saya yang susah nak diubah...sebab saya seorang yang sangat detail....katanya lah....sorry awak...mmg dari dulu lagii saya mcm ni...adoyai... ok..ok...Inshaallah akan cuba berubah ke arah yang lebih positif..... ;)))) 


Mungkin saya silap...selalu menganggap hati orang seperti hati saya... tapii hakikatnya..manusia ini dilahirkan dengan pelbagai perbezaan yang amat ketara dgn kita. Jadi selepas ini....saya akan senantiasa berhati2 untuk memilih kawan atau teman dan SAHABAT.
 

Sejujurnya... tidak semua KAWAN dan TEMAN akan menyukai cara kita, keputusan dan tindakan yang kita buat untuk sesuatu perkara..tetapi peranan SAHABAT itu sendiri yang akan menegur kita dengan cara yang betul dan memperbetulkan setiap kesilapan dan kekurangan itu. Kadang2 saya sedih bila mana kawan baik yg dah saya anggap mcm kakak saya sndiri takut nk tegur silap saya, takut nk tegur bila saya jauh dari agama..sakit sangat hati..terkilan, terasa hati n sewaktu dengannya bermain2 di sanubari..saya perlukan sahabat yg sanggup mnegur salah silap saya..sanggup pimpin saya kembali bila saya jauh terpesong..lebih2 lagi soal agama..


Satu hal yang menyedihkan  lagi..apabila SAHABAT yang pernah berkongsi suka dan duka...senang dan susah bersama saya suatu ketika dulu..turut menjauhkan dirinya dari saya. Menjadikan saya seolah insane yg tak pernah hadir dalam hidupnya. Sedih bukan.. ? Namun saya tidak meyalahkan dia 100% kerana saya pasti kesalahan itu turut datangnya dari saya sendiri.. Saya selalu berkata pada diri saya sendiri ...sebelum kita menunding jari ke arah orang..menuduh kesalahan dan permasalahan itu datangnya dari dia.... 3 jari akan menunjuk ke arah saya.. jadi..sebelum 3 jari itu menuju ke arah saya... saya akan cermin diri saya dan berfikir dan mencari apakah kesalahan saya ? adakah silap itu berpunca drpd saya ?.. Saya akan muhasabah diri saya dan seperti biasa..emak n Mr.Janggut akan menjadi rujukan...Saya bukan yang terbaik..tetapi Inshaaallah akan berusaha untuk menjadi yang terbaik untuk SAHABAT saya. Semoga SAHABAT saya dapat memaafkan saya seikhlas hatinya. Andai saya tidak penting lagi dihatinya... saya pohon agar..tempatkanlah nama saya dimana2 sekalipun jauh disudut  terpencil lubuk hatinya...sekurang2nya..nama saya ada terukir di sudut terpencil itu ;)))

Walaupun bagitu, saya masih dikurniakan SAHABAT2 yang masih menghargai saya... bukanlah saya terlalu ingin dihargai tetapi...sekurang-kurang merekalah tempat untuk saya berkongsi suka dan duka... bergelak ketawa dan bersama2 mengukir kenangan . SAHABAT yang akan menegur saya secara telus. Yang akan mempertikaikan tindakan saya...yang memaksa...yang mendesak... dan yang lebih selesa apabila kita boleh menerima apa saja kritikan bersama-sama. Saya pasti kebanyakkannya begitu kan. Kita mengukir kenangan indah bersama sahabat-sahabat kita... berkongsi segala masalah dan memberi jalan penyelesaian yang tidak memudaratkannya.

Sebenarnya...jika kita senantiasa berfikir secara positif... menerima dengan hati yang terbuka....segala kelebihan dan kekurangan kita dan orang disekeliling kita... semua permasalahan yang kronik tidak akan timbul...segalanya berpunca dari HATI. Jadi...bersih2kanlah hati dan cermin2lah diri kita supaya bila kita memandang kelebihan orang..kita nampak kekurangan kita...
Bergaullah dengan orang yang lebih dari kita itu supaya dia dapat tahu apa kekurangan kita dan mungkin kita juga akan turut akan menjadi sepertinya..tidak kira dari sudut diri kita mahupun ilmu yang dia ada.
Jika kita sedih..dan melihat dia senantiasa gembira... maka bercampurlah dengannya supaya kita boleh menjadi segembira dia...Sesungguhnya jadikanlah mereka sebagai sumber inspirasi..... sekurang2nya tanamkan dalam hati kita untuk menjadi lebih lagi dari mereka.. Buangkanlah segala tanggapan negatif kita terhadapnya.. andai SAHABAT kita jauh tersasar dari hidupnya...maka kita doakanlah..semoga Allah memberi hidayah kepadanya untuk kembali ke landasan yang betul. Sama2 mencari jalan yang diredhai Allah.

Saya sayang SAHABAT2 saya.. semoga persahabatan ini dapat memperbaiki segala kekurangan saya..memperbetulkan segala kesalahan saya.. menjadi yang terbaik untuk SAHABAT2 saya.. Berdoa dan terus berdoa..agar saya dan SAHABAT2 saya senantiasa berada di dalam kasih sayangNya..rahmat dan lindunganNya..aaminn..


 wahai SAHABAT…
semoga kita bersama-sama dikumpulkan di dalam JannahNya yang sangat indah....Inshaallah

Friday, 19 December 2014

RESEPI MANISAN KEHIDUPAN

Assalamualaikum..



Alahai . Tengok cupcakes bubuh pulak strawberry dekat atas dia dah cukup membuatkan air liur daku meleleh-2 . Nyummy ! Dengan rasa manis , lazat dan berkrim lagi tu !  Ehekk . Macam tu juga lah kehidupan kita . Mesti seronok kalau kehidupan kita macam cupcakes ni kan  ? Kemanisan menambahkan lagi rasa asam garam dalam kehidupan kita . Walau sehebat dan setinggi mana pun taraf kehidupan kita , jika tiada kemanisannya pasti akan hambar . 

Kat bawah ni , akan saya kongsikan resepi untuk korang :)

  Secamca Kemaafan
Walau sebanyak mana pun seseorang itu melakukan kesalahan , pasti ada kebaikan yang dilakukannya . Jadi ambillah yang positif itu dan tinggalkanlah yang negatif supaya hati korang lembut untuk memaafkannya..Inshaallah..

  Secubit Senyuman
Tahukah korang dengan hanya senyuman boleh membuatkan kehidupan korang akan bertambah ceria? Ada fakta yang mengatakan senyuman dapat membuatkan korang kelihatan muda daripada usia sebenar . 

  Setangkai Keyakinan Diri
Percaya ataupun tidak tanpa keyakinan diri , kehidupan kita konfem akan jadi hambar punya . Mana tak nya , tanpa keyakinan diri korang pasti jarang ke tempat-tempat awam . Sesetengah orang tu kekurangan diri sendiri menjadi satu punca mereka kurang berkeyakinan . Ketahuilah sahabat2 semua tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini . 

  Segenggam Tekad dan Azam
Dengan adanya azam , konfem korang akan lebih bersemangat dalam menjalani kehidupan dan menjadi insan lebih teratur dan bermatlamat . Sesudah itu , campurkan tekad dalam apa jua korang lakukan , for sure azam tu akan tercapai !

  Hormat-Menghormati Secukup Rasa
Kehidupan akan menjadi lebih manis apabila menghormati orang yang berada di sekeliling korang  .Baik yang muda ataupun yang tua . Sesudah itu , kisarkan bersama dengan sifat ringan tulang dan hasilnya , kehidupan yang lebih harmoni menanti .



** Harap dengan resepi ini , dapat membuatkan kehidupan kita semua 
jadi lebih bermakna dan sentiasa berada dalam keredhaan Allah…Inshaallah..Wallahu’alam..

Thursday, 18 December 2014

CINTA SEJATI MEMBAWA KE SYURGA



Kahwin ??? Kahwin di usia muda. .Kahwin time belajar..Walawehh, best terr..hihihi..saya faham semua tak sabar kan nak bergelar “zaujah” or “zauj” kpd someone..kn3 ?? huhuhu..takpe2 saya faham weh perasaan tu..Sebab saya pon macam tu jugak..ececehh..cam gatal laa pulak..hihihi..tapi nk buat cam ane kan, da tu memang fitrah..ingin dicintai, mencintai dan memiliki..



Tapi sekarang, saya nak kita sama2 fikir ek, antara zaujah/zauj dengan jenazah,, agak2 mana kita akan jadi dulu.???...cuba pikir…jengjengjeng….                                                                              
Kita sangat mengimpikan bakal zaujah, tapi kita x sedar dah sememang2nya kita ni dah konfem kn bakal jenazah..                                                                                                                        
Anda fikir eh, kalau anda terlalu nak kn gelaran zaujah/zauj,,kate orang tu terlalu mengejar cinta..sedangkan amalan anda entah kemana, bakal jenazah apa jadi pulak ?? Tapi..kalau anda tumpu untuk terus melakukan amalan..konfem anda dah penuhi criteria bakal jenazah, n konfem anda akan dapat jugak sebahagian drpd persedian bakal zaujah/zauj itu ??



Anda faham kan ?? 
  

Apa ??? tak faham ???



Alaaaaa…senang citer cam ni laa..Kalau kita kejar dunia, kita dapat dunia je..Tapi, kalau kita kejar akhirat, Inshaallah kita akan dapat dua2…Dunia n akhirat..kan bagos tu..



Hahh Nampak kan ?? da faham kan….



Jangan risau lah ekk..terus kejar akhirat dulu..cinta2 letak tepi dulu…Lakukan sebanyak mungkin amalan yng boleh jamin kita di akhirat kelak…Kalu jodoh tak ada di dunia, Inshaallah ada yang menanti di syurga kelak…itu yng kita nak kn..cinta yang kekal..Allahuakhbar..



Allah dah janji kan dalam surah AnNur…perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Dan begitu jugak sebaliknya..Jodoh n pertemuan kita, Allah da tetapkan..Kita just tunggu..sampai masa, sampai laa ia..yakin dengan janji Allah..Sesayang mane pon kita pada seseorang itu, terus fokos pada akhirat dulu..Inshaallah..Ada jodoh kita..Allah akn simpan dia untuk kita…sama ada di dunia mahupun di akhirat..Inshaallah..Cinta akhirat lebih membawa keberkatan..